Kanser Kepala dan Leher "Makan Sihat, Hidup Sejahtera"
Prevalens Kanser
Kanser yang keempat tertinggi di Malaysia
Kaum Cina adalah kaum yang mempunyai pravalens yang paling tinggi menghidap kanser berbanding kaum lain.
Lelaki lebih ramai menghadapi kanser kepala dan leher berbanding wanita.
Tanda -Tanda dan Simptom Kanser
Kepala dan Leher
Bengkak atau luka yang tidak sembuh
Sakit tekak yang berpanjangan
Pendarahan hidung yang kerap
Suara bertukar garau
Darah terdapat dalam air liur.
Kebas atau rasa lemah di bahagian leher dan kepala
Kesukaran atau rasa sakit untuk menelan dan mengunyah.
Punca - Punca Kanser
Alcohol
Pengambilan alkohol melebihi 3 gelas sehari meningkat risiko untuk mendapat kanser.
Tembakau
Tembakau yang terdapat dalam rokok mampu merosakkan sel - sel sihat dan berkembang tanpa kawalan
Amalan mengunyah sirih dan pinang
Penyediaan sirih dan pinang yang mengandungi kapur yang bersifat karsinogenik adalah penyebab kanser.
Pengambilan makanan berawet dan bergaram
Mengandungi nitrit dan nitrat yang berfungsi sebagai bahan pengawet dalam makanan
Makanan yang bersifat karsinogenik adalah penyebab berlakunya kanser.
Lain - Lain penyebab kanser:
Jangkitan virus HPV
Cara - Cara Mencegah Kanser Kepala dan Leher melalui Pemakanan
Tingkatkan pengambilan
Buah - Buahan
Sayur - Sayuran
Kekacang
Biji - Bijian
Makanan yang tinggi dengan antioksida adalah sangat penting untuk mencegah kanser.
Tips Pemakanan
Untuk Pesakit Kanser Kepala dan Leher
Masalah Mulut Kering?
Minum air kosong sebanyak 8 Hingga 10 gelas dalam satu hari.
Pastikan makanan dikunyah dengan sempurna.
Makan makanan yang lembut dan tidak panas
Elakkan makanan yang melekat pada lelangit mulut seperti mentega kacang.
Digalakkan makan bersama - sama sup atau kuah bagi makanan yang kering.
Menghisap gula - gula atau mengunyah gula - gula getah untuk meningkatkan pengeluaran air liur.
Masalah Sakit Mulut atau Tekak?
Pilih makanan dan minuman yang suam atau sejuk.
Pilih makanan dan minuman yang tinggi kalori dan protein.
Makan makanan yang lembut.
Pilih makanan yang bertekstur puri.
Pilih makanan yang tidak bertekstur tajam dan keras seperti kuih pau.
Pilih makanan dan minuman yang tidak berasid seperti puding jagung dan jus naga.
Pilih makanan yang tidak menggunakan bahan perasa dan rempah ratus.
Tekstur - Modifikasi Makanan
Menyediakan makanan yang diubahsuai dari segi tekstur
Lembut
Ciri - Ciri :
Makanan mungkin secara semula jadi lembut, boleh dimasak atau dipotong untuk mengubah tekstur.
Contoh : Ikan Kukus
Dicincang dan Lembut
Ciri - Ciri :
Makanan lembut, lembap dan mudah lecek dengan garpu ; ketulan adalah halus
Contoh : Bergedil
Puri Lembut
Ciri - Ciri :
Makanan adalah lembut, lembap dan tiada ketulan ; mungkin mempunyai sedikit kasar.
Contoh : Kentang Lecek
Cecair
Ciri - Ciri :
Makanan dalam bentuk cecair; mempunyai keragaman dalam konsistensinya.
Contoh : Sup Jernih
Diet Rendah Bakteria
Apakah itu diet rendah Bakteria?
Diet rendah bakteria adalah diet atau pemakanan yang kurang mengandungi bakteria atau mikroorganisma berbahaya yang akan menyebabkan jangkitan.
Siapakah yang perlu mengikut diet rendah bakteria?
Diet rendah bakteria adalah untuk orang yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti
- Pesakit yang menjalani rawatan kanser
- Pemindahan organ
Rawatan kanser akan menyebabkan sistem imun menjadi lemah dan tidak dapat melindungi diri daripada jangkitan. Oleh itu, bakteria atau kuman yang akan menyebabkan jangkitan perlu dielakkan supaya tidak mudah dijangkiti dengan penyakit.
Aspek - Aspek yang perlu diambil kira:
Membeli makanan dan minuman di pasaraya
Membeli makanan dan minuman yang dibungkus seperti dalam tin atau batal dan roti dalam paket kerana tidak terdedah dengan bakteria yang berbahaya.
Tidak membeli produk sekiranya pembungkusan telah rosak atau dibuka kerana makanan tersebut mungkin terdedah dengan bakteria yang berbahaya.
Memastikan produk tersebut tidak melepasi tarikh luputnya
Elakkan sampel makanan yang diberi dalam pasaraya kerana kebersihan makanan tersebut tidak terjamin.
Pastikan semua susu atau produk tenusu adalah dipasteurisasi ( pasteurized ) atau Ultra High Temperature - treated Milk ( UHT ) kerana bakteria akan dihapuskan.
Balik ke rumah secepat mungkin sekiranya membeli produk yang sejuk atau sejukbeku. Sejukkan semula produk tersebut dan tidak tertinggal dalam kereta yang panas.
Tidak membeli buah dan sayur yang telah dipotong seperti tembikai atau sawi kerana terdedah dengan bakteria yang berbahaya.
Penyediaan makanan
Memastikan kebersihan diri terjaga seperti membasuh tangan sebelum menyediakan makanan
Kawasan dan peralatan penyediaan makanan perlu dalam keadaan bersih. Peralatan perlu dicuci sebelum digunakan.
Mengunakan papan pemotong yang berasingan untuk memotong bahan mentah dan makanan yang telah dimasak. Ini adalah untuk mengelakkan bakteria berpindah dari bahan mentah ke makanan yang telah dimasak.
Mencuci setiap lapisan atau daun sayur - sayuran di bawah air yang mengalir supaya bakteria atau kuman boleh dihapuskan.
Cairkan produk sejukbeku di dalam peti sejuk atau microwave dan bukan dalam suhu bilik
Gunakan produk sejukbeku seperti ikan dan ayam dicairkan secepat mungkin dan tidak membekukan produk tersebut semula.
Membersihkan permukaan tin makanan sebelum digunakan supaya tidak terdedah dengan bakteria yang berbahaya.
Pastikan daging, ikan dan telur dimasak dengan sepenuhnya supaya semua bakteria dihapuskan. Elakkan makanan seperti sate, ikan bakar dan telur separuh masak.
Daging perlu dimasak sehingga warna tidak lagi merah dan berjus. Boleh menggunakan termometer makanan untuk memastikan adalah daging telah dimasak sepenuhnya.
Elakkan sayur - sayuran mentah seperti ulam, salad, sandwich, timun, dan bawang dalam asam laksa dan sayur mentah dalam nasi ayam.
Makan buah - buahan yang berkulit tebal seperti tembikai, tembikai susu dan betik kerana tidak mudah terdedah pada bakteria. Elak makan buah - buahan dengan kulitnya seperti anggur, epal dan guava kerana bakteria akan tertumbuh pada kulit buah - buahan.
Minum air yang telah dimasak supaya bakteria telah dihapuskan. Elakkan air mineral
Penyimpanan makanan
Makanan mentah dan makanan masak perlu diasingkan dan tidak boleh disimpan sekali dalam peti sejuk. Ini adalah untuk mengelakkan bakteria pada makanan mentah akan berpindah kepada makanan masak.
Pastikan makanan ditutup sebelum dihidang dan dimakan untuk mengelakkan makanan terdedah dengan bakteria yang berbahaya
Makanan yang tidak boleh dihabiskan perlu disimpan dalam peti sejuk supaya tidak terdedah dengan bakteria yang berbahaya.
Simpan makanan dalam peti sejuk sekiranya bungkusannya dibuka.
Makan makanan yang disediakan secepat mungkin supaya tidak terdedah dengan bakteria.
Semasa makan di luar
Mengelakkan restoran yang penuh dengan orang kerana mudah terdedah dengan bakteria atau kuman yang berbahaya.
Memilih makanan secara 'ala - carte' kerana ia kurang terdedah dari bakteria disebabkan makanan yang dihidangkan berada dalam keadaan suhu yang panas dan bakteria tidak dapat hidup dalam suhu yang panas.
Jika mengambil makanan secara buffet, pastikan makan makanan yang panas dan baru dihidang.
Elakkan makan di tempat yang kotor serta makanan yang tidak ditutup kerana makanan tersebut terdedah dengan bakteria yang berbahaya
Memastikan peralatan makanan ( sudu dan garfu ) adalah bersih. Cuci sebelum digunakan supaya tidak terdedah dangen bakteria
Membawa makanan dan minuman yang berbungkus supaya kebersihan terjamin.
Diet Tinggi Kalori dan Protein
Apakah diet tinggi kalori dan tinggi protien?
Diet tinggi kalori dan tinggi protien adalah diet yang dapat membekalkan tenga dan protein yang diperlukan oleh tubuh badan bagi memastikan tahap kesihatan yang optimum.
Protein dan kalori yang mencukupi diperlukan untuk:
Mengekalkan dan memperbaiki sistem pertahanan tubuh yang baik.
Menggantikan tisu - tisu yang rosak atau tercedera
Mengurangkan risiko dan jangkitan kuman.
Mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
Sumber - Sumber tinggi kalori dan protein:
Buah - Buahan
1 Hidangan = 60 kcal
Kekacang
1 sudu = 55 kcal
Yogurt
1 sudu = 27 kcal
Oat
1 sudu = 37 kcal
Madu / Gula
1 sudu = 31 kcal
Ais Krim
1 sudu = 25 kcal
Susu atau susu coklat
1 cawan = 255 kcal
Recipe minuman berkhasiat tinggi
kalori dan protein
Jus Naga
Nutrien ( Bagi 1 cawan )
Kalori: 230 kcal
Protein: 4.7 g
Kalsium: 153 mg
Harga Penyediaan:
RM2.90
Tambah:
Gula Pasir
Kalori: 40 kcal / 1 sudu makan
Susu sejat
Kalori: 85 kcal / 1/4 cawan
Protein: 4g / 1/4 cawan
Kalsium: 152mg / 1/4 cawan
untuk meningkatkan kalori dan protein anda !
Bahan - Bahan
1/4 biji buah naga merah
1 sudu makan gula pasir
1/4 cawan susu sejat
1/4 cawan air
Ais Kiub
Cara penyediaan
1. Masukkan semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar bahan sehingga sebati.
2. Tuangkan ke dalam gelas untuk dihidangkan.
Masa Penyediaan : 10 Minit
Siaz Hidangan : 1
Jus Epal dan Timun
Nutrien ( Bagi 1 cawan )
Kalori: 220 kcal
Protein: 1.7 g
Kalsium: 36 mg
Harga Penyediaan:
RM2.80
Tambah:
Madu
Kalori: 78 kcal / 2 1/2 sudu makan
untuk meningkatkan kalori dan protein anda !
Bahan - Bahan
2 epal hijau
1/2 timun saiz serdahana
2 1/2 sudu madu
1 gelas air
Ais Kiub
Cara penyediaan
1. Kupas dan potong kecil - kecil timun dan epal.
2. Kisarkan semua bahan sehingga halus.
3. Setelah kisar, tapiskan. Tuang ke dalam gelas untuk dihidangkan
Masa Penyediaan : 10 Minit
Siaz Hidangan : 1
Jus Mangga
Nutrien ( Bagi 1 cawan )
Kalori: 185 kcal
Protein: 4.6 g
Kalsium: 47 mg
Harga Penyediaan:
RM3.00
Tambah:
Madu
Kalori: 47 kcal / 1 1/2 sudu
Serbuk badam
Kalori: 55 kcal / 1 sudu
Protein: 2g / 1 sudu
untuk meningkatkan kalori dan protein anda !
Bahan - Bahan
1/2 biji buah mangga masak
1 1/2 sudu madu
1 sudu serbuk badam
1/2 cawan air
Cara penyediaan
1. Masukkan semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar bahan sehingga sebati.
2. Tuangkan ke dalam gelas untuk dihidangkan.
Masa Penyediaan : 10 Minit
Siaz Hidangan : 1
Oreo Coffee Smoothie
Nutrien ( Bagi 1 cawan )
Kalori: 320 kcal
Protein: 12.3 g
Kalsium: 529 mg
Harga Penyediaan:
RM3.20
Tambah:
Ais Krim Vanilla
Kalori: 112 kcal / 4 sudu
Protein: 1.5g / 4 sudu
Kalsium: 53mg / 4 sudu
Serbuk Skim Milk
Kalori: 140 kcal / 4 sudu
Protein: 10g / 4 sudu
Kalsium: 467mg / 4 sudu
untuk meningkatkan kalori dan protein anda !
Bahan - Bahan
6 biskut oreo
4 sudu ais krim vanilla
4 sudu serbuk skim milk
1/2 sudu teh serbuk kopi
1 mangkuk sederhana ais kiub
Cara penyediaan
1. Kisar semua bahan sehingga halus.
2. Tuangkan ke dalam gelas untuk dihidangkan.
Masa Penyediaan : 15 Minit
Siaz Hidangan : 1
Prepare by:
Nutrition Research Group Head and Neck Cancer UKM.
Muhammad Azizuddin Bin Tokiran ( A144559 )
Masfara Wahidah Binti Abdul Rahman ( A144553 )
Tan Yen Yee ( A133558 )
Amirah Binti Abdul Halim ( A144550 )